jika lelaki ini ada, hubungiku. kerana dia untukku dan aku untuknya ... ~cok eh
by Cok Eh Comott Cumell on Sunday, February 13, 2011 at 8:20pm
Ternyata kaya hati itu lebih bermakna.Cantik budi itu lebih bererti. Aku memang cerewet dalam memilih lelaki. Tapi cerewetku bukanlah kerana aku berasa aku terlalu hebat. Cuma aku mahukan sesorang yang dapat berjalan seiring. Seseorang yang sentiasa menggenggam jemariku tanpa aku tertinggal di belakang.Aku hanya sekadar seorang perempuan yang mahu diajak makan sekadar untuk tahu dia mengambil berat. Yang takkan pernah melupakan aku ketika dia bersenang lenang.
Aku tak perlu hadiah yang mahal-mahal atau hadiah yang susah-susah. Cukuplah dengan senyuman padaku setiap hari, yang akan menghidupkan aku dengan semangat, yang akan temani aku tidur nyenyak semalaman. Aku tak mahu lelaki yang terlalu bersungguh memikat aku. Aku Cuma mahukan yang sederhana dan selamba. Kata orang, sempoi, tetapi romantik. Tak perlu jambangan bunga atau sekuntum ros…walaupun kalau ada, aku mampu melompat dengan gembira!
Hakikatnya yang paling membuatkan aku terharu jika dia tiba-tiba muncul di depan mata. Dengan senyuman dan gelak tawa, dengan surprise yang tak kusangka-sangka! AKu mahukan lelaki yang tahu menjaga perwatakan dan kemas dirinya. Aku mahu lelaki yang dapat mengawal emosinya. Lelaki yang berada di sisi waktuku lelah. Lelaki yang tak pernah tinggalkan aku dalam keadaan paling memalukan. Lelaki yang setia di sisiku waktu aku menangis walaupun di depan orang. Dan lelaki yang sanggup berjam2 menanti aku didepan cermin.
Lelaki yang dapat membuatkan air mataku kering ketika aku sedih..mampu memberikan tawaku seriang mentari setelah dihujani air mata. Tak perlu aku katakan, kerana dia terus mengerti. Tak perlu aku jelaskan kerana dia terlalu memahami.Aku ingin dia yang mampu menelah hatiku hanya dengan sekali pandang. Dia yang dapat meneka gerak hatiku ketika aku kegelisahan. Lelaki yang begitu memahami….
Dia yang menyanyi untukku,walaupun tahu suara dia tak sedap. Dia yang sudi mendengar aku membebel tentang hal-hal yang macam tak penting. Namun penting bagi aku berkongsi. Dia yang malu-malu apabila diusik aku yang memang nakal! Dia yang dapat membaca setiap detak fikiran aku. Sesuatu yang belum sempat aku curahkan telah diterangkan selengkap-lengkapnya. Yang tak perlukan arguments to make things right. When things are already very right in the first place.
DIa yang selalu berangan dengan cerita-cerita lucu tentang masa depan kami. Dia yang tak boleh lihat aku bermuram durja. Dia yang tiba- tiba datang dengan pasir/tanah tempat kami pertama kali bertemu dalam balang kaca. Dia yang suka mencuri pandang wajahku sekilas aku mengomel sendirian. Lirik matanya yang selalu saja memandang aku walaupun dari kejauhan.He’s my guardian angel. Dengan dia aku berasakan selamat, dan dengan dia aku berasakan tenang. It’s a place I feel I belong to. Somewhere I feel secure, warmth and comfortable. The place I know I’m being myself with.
Dia yang akan menghantar lagu cinta lewat telefon bimbit. Dia yang merekod suara sendiri menyanyi lagu dirakam dalam kaset! Dia yang akan menhantar pos laju hadiah hari lahir untuk aku..Kemudian menelefonku dari kejauhan bertanyakan kisah jatuh cinta. Dia yang tak memerlukan sentuhan untuk menyatakan kasih. Hanya cukup dengan senyuman dan pandangan yang jernih bakal sudah cukup menggetar dan menyentuh isi hati. Ketulusan itu yang paling bererti.
Tak cukup lagi dengan itu segala-gala impian menjadi satu. Daripada dua bersatu sejiwa. Rumput masih juga hijau, dan langit tetap juga biru. Lelaki yang tak pernah malu dengan kehadiran aku.Lelaki yang sentiasa gembira bercerita tentang aku pada sesiapa sahaja. Lelaki yang tak pernah malu bercerita tentang kami pada dunia. Tak perlu terlalu jiwang karat, cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Sederhana dan selamba.
DIa yang akan suruh aku menyanyi apabila aku meminta sesuatu.DIa yang akan sengaja menguji aku dengan keletah dan kata-kata usikannya.Selepas menyanyi dia akan tergelak seorang diri mentertawakan aku. Kemudian aku turut sama tertawa..ketawa bersama..
Lelaki yang mengingati setiap tarikh hari lahir. Yang apabila aku katakan impianku, turut menurut pada impian yang sama. Apabila aku menyatakan minuman kegemaranku, katanya ia kegemarannya juga. Sesetengah perkara yang hanya kami tahu, dan hanya kami kongsikan. Macam air kelapa , cendul, atau cheesecake. Macam kuih karipap (kedai maksu depan kedai umah aku) my favourite, dan juga favourite nya. Macam impian perkahwinan aku, yang sama macam dia.Perkahwinan impian yang aku idamkan sejak kecil, juga menjadi angan-angannya. Aku ingin ada tarian zapin dan ghazal, dan dia turut mengimpikan perkahwinan sama!Adakah perkara sebegitu boleh dikatakan kebetulan? Atau sememangnya semua itu suratan?
Seperti aku yang sukakan kanak-kanak dan selalu geram melihatkan mereka, dan dia yang yang terus-terusan bercerita tentang kanak-kanak yang sangat disukainya.Dia yang ada impian meninggi dan aku yang suka mengejar cita-cita. Dia yang sangat memahami tanpa perlu aku beritahu. DIa yang ditakdirkan untuk aku, dan aku dapat merasakannya. Aku yakin sememangnya lelaki itu ada.
(imagine myself to be rain,or being wet by rain)
"kan bagus kalau saya jadi hujan, ada awak yang suka tengok saya"
p/s : If you want the rainbow, you must put up with the rain. D. Parton (and the rain is me!~) :P

heart :)

itu dia
* mungkin sesekali cok eh boleh bertukar watak dari seorang yg gila2 dan kaki bising kepada orang yg boleh bersastera. kuasa Tuhan, siapa boleh duga kan? ALLAHUAKBAR :)











0 manusia doa saya cepat kurus:
Post a Comment