* before baca. ini kisah aku. kau kalau nk kutuk2, kau boleh BELAAHHH. sbb aku ckp apa jek yang aku rasa. okayy ? :)
dipersilakan......
jeng jeng jeng *_*v
Dicintai memang membuatkan diri seseorang itu bahagia.Namun aku,
belum merasa. Masih bergelumang buku-buku dan novel-novel cinta yang
isinya berkaitan memori kisah luka dan angan-angan. Aku tak pernah
berasa harta itu segala-galanya. Walaupun aku tau, harta itu perlu untuk
menjamin masa depanku sendiri. Mungkin ada yang menafikan pada zaman
sekarang ini..tetapi hakikatnya aku tetap manusia biasa yang sekadar
mahukan sesorang menjadi teman hidup ini..
Ternyata kaya
hati itu lebih bermakna.Cantik budi itu lebih bererti. Aku memang
cerewet dalam memilih lelaki. Tapi cerewetku bukanlah kerana aku berasa
aku terlalu hebat. Cuma aku mahukan sesorang yang dapat berjalan
seiring. Seseorang yang sentiasa menggenggam jemariku tanpa aku
tertinggal di belakang.Aku hanya sekadar seorang perempuan yang mahu
diajak makan sekadar untuk tahu dia mengambil berat. Yang takkan pernah
melupakan aku ketika dia bersenang lenang.
Aku tak perlu
hadiah yang mahal-mahal atau hadiah yang susah-susah. Cukuplah dengan
senyuman padaku setiap hari, yang akan menghidupkan aku dengan semangat,
yang akan temani aku tidur nyenyak semalaman. Aku tak mahu lelaki yang
terlalu bersungguh memikat aku. Aku Cuma mahukan yang sederhana dan
selamba. Kata orang, sempoi, tetapi romantik. Tak perlu jambangan bunga
atau sekuntum ros…walaupun kalau ada, aku mampu melompat dengan gembira!
Hakikatnya
yang paling membuatkan aku terharu jika dia tiba-tiba muncul di depan
mata. Dengan senyuman dan gelak tawa, dengan surprise yang tak
kusangka-sangka! AKu mahukan lelaki yang tahu menjaga perwatakan dan
kemas dirinya. Aku mahu lelaki yang dapat mengawal emosinya. Lelaki yang
berada di sisi waktuku lelah. Lelaki yang tak pernah tinggalkan aku
dalam keadaan paling memalukan. Lelaki yang setia di sisiku waktu aku
menangis walaupun di depan orang. Dan lelaki yang sanggup berjam2
menanti aku didepan cermin.
Lelaki yang dapat membuatkan
air mataku kering ketika aku sedih..mampu memberikan tawaku seriang
mentari setelah dihujani air mata. Tak perlu aku katakan, kerana dia
terus mengerti. Tak perlu aku jelaskan kerana dia terlalu memahami.Aku
ingin dia yang mampu menelah hatiku hanya dengan sekali pandang. Dia
yang dapat meneka gerak hatiku ketika aku kegelisahan. Lelaki yang
begitu memahami….
Dia yang menyanyi untukku,walaupun tahu
suara dia tak sedap. Dia yang sudi mendengar aku membebel tentang
hal-hal yang macam tak penting. Namun penting bagi aku berkongsi. Dia
yang malu-malu apabila diusik aku yang memang nakal! Dia yang dapat
membaca setiap detak fikiran aku. Sesuatu yang belum sempat aku curahkan
telah diterangkan selengkap-lengkapnya. Yang tak perlukan arguments to
make things right. When things are already very right in the first
place.
DIa yang selalu berangan dengan cerita-cerita lucu
tentang masa depan kami. Dia yang tak boleh lihat aku bermuram durja.
Dia yang tiba- tiba datang dengan pasir/tanah tempat kami pertama kali
bertemu dalam balang kaca. Dia yang suka mencuri pandang wajahku sekilas
aku mengomel sendirian. Lirik matanya yang selalu saja memandang aku
walaupun dari kejauhan.He’s my guardian angel. Dengan dia aku berasakan
selamat, dan dengan dia aku berasakan tenang. It’s a place I feel I
belong to. Somewhere I feel secure, warmth and comfortable. The place I
know I’m being myself with.
Dia yang akan menghantar lagu
cinta lewat telefon bimbit. Dia yang merekod suara sendiri menyanyi lagu
dirakam dalam kaset! Dia yang akan menhantar pos laju hadiah hari lahir
untuk aku..Kemudian menelefonku dari kejauhan bertanyakan kisah jatuh
cinta. Dia yang tak memerlukan sentuhan untuk menyatakan kasih. Hanya
cukup dengan senyuman dan pandangan yang jernih bakal sudah cukup
menggetar dan menyentuh isi hati. Ketulusan itu yang paling bererti.
Tak
cukup lagi dengan itu segala-gala impian menjadi satu. Daripada dua
bersatu sejiwa. Rumput masih juga hijau, dan langit tetap juga biru.
Lelaki yang tak pernah malu dengan kehadiran aku.Lelaki yang sentiasa
gembira bercerita tentang aku pada sesiapa sahaja. Lelaki yang tak
pernah malu bercerita tentang kami pada dunia. Tak perlu terlalu jiwang
karat, cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Sederhana dan selamba.
DIa
yang akan suruh aku menyanyi apabila aku meminta sesuatu.DIa yang akan
sengaja menguji aku dengan keletah dan kata-kata usikannya.Selepas
menyanyi dia akan tergelak seorang diri mentertawakan aku. Kemudian aku
turut sama tertawa..ketawa bersama..
Lelaki yang
mengingati setiap tarikh hari lahir. Yang apabila aku katakan impianku,
turut menurut pada impian yang sama. Apabila aku menyatakan minuman
kegemaranku, katanya ia kegemarannya juga. Sesetengah perkara yang hanya
kami tahu, dan hanya kami kongsikan. Macam air kelapa , cendul, atau
cheesecake. Macam kuih karipap (kedai maksu depan kedai umah aku) my
favourite, dan juga favourite nya. Macam impian perkahwinan aku, yang
sama macam dia.Perkahwinan impian yang aku idamkan sejak kecil, juga
menjadi angan-angannya. Aku ingin ada tarian zapin dan ghazal, dan dia
turut mengimpikan perkahwinan sama!Adakah perkara sebegitu boleh
dikatakan kebetulan? Atau sememangnya semua itu suratan?
Seperti
aku yang sukakan kanak-kanak dan selalu geram melihatkan mereka, dan
dia yang yang terus-terusan bercerita tentang kanak-kanak yang sangat
disukainya.Dia yang ada impian meninggi dan aku yang suka mengejar
cita-cita. Dia yang sangat memahami tanpa perlu aku beritahu. DIa yang
ditakdirkan untuk aku, dan aku dapat merasakannya. Aku yakin sememangnya
lelaki itu ada.
(imagine myself to be rain,or being wet by rain)
"kan bagus kalau saya jadi hujan, ada awak yang suka tengok saya"
p/s : If you want the rainbow, you must put up with the rain. D. Parton (and the rain is me!~) :P

heart :)

itu dia
*
mungkin sesekali cok eh boleh bertukar watak dari seorang yg gila2 dan
kaki bising kepada orang yg boleh bersastera. kuasa Tuhan, siapa boleh
duga kan?
ALLAHUAKBAR :)











0 manusia doa saya cepat kurus:
Post a Comment